PARIS, 28 JULAI: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia memulakan pencarian pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan mudah di hadapan sorakan kira-kira 8,000 penonton di Porte de La Chapelle Arena di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 12 JULAI:Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan pada saingan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dalam undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia, terpaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke pentas final Terbuka Australia 2024 selepas menumpaskan wakil Taiwan Lee Chia Hao, dalam tempoh 56 minit pada pusingan separuh akhir, hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengakui menjuarai Terbuka Thailand 2024 baru-baru ini membantu dirinya bangkit pada dua set terakhir untuk menumpaskan pemain China pada pusingan pertama Malaysia Masters 2024, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.
BANGKOK, 19 MEI: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meraih gelaran pertamanya musim ini apabila merangkul gelaran kedua Terbuka Thailand 2024 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pentas final di sini hari ini.
CHENGDU, 1 MEI: Pemain profesional negara Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri menjelang saingan suku akhir Piala Thomas 2024, selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen hari ini.
CHENGDU, 1 MEI: Malaysia terlepas peluang untuk mengungguli Kumpulan D selepas tewas kepada Denmark 3-2 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain negara untuk tugasan di Chengdu, China.
KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton All England 2024 apabila mara ke separuh akhir semalam.
KUALA LUMPUR, 13 MAC: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melepasi halangan pertama apabila melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan All England hari ini.
SHAH ALAM, 14 FEB: Selepas membenam wakil Kazakhstan,Dmitriy Panarin dengan mudah pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini, Lee Zii Jia bersedia untuk berdepan cabaran lebih sukar menentang wakil Taiwan, Lin Chun Yi pada esok.
SHAH ALAM, 12 FEB: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia bersedia untuk bersaing pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang bermula esok hingga 18 Februari, selepas pulang menjalani latihan di Korea Selatan baru-baru ini.
JAKARTA, 26 JAN: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri pada pertengahan perlawanan suku akhir Masters Indonesia 2024 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini akibat keracunan makanan.
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak positif dalam Masters Indonesia 2024 apabila mara ke suku akhir menumpaskan wakil Hong Kong, Ng Ka Long di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Tiga wakil Malaysia termasuk juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024 yang berlangsung di New Delhi hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei optimis pemain perseorangan Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, yang akan membuka tirai di Axiata Arena di sini esok.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia membuktikan dirinya masih pemain nombor satu negara selepas berhempas pulas menundukkan rakan senegara Ng Tze Yong di pusingan pertama Masters China sebentar tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.